SANTAI CARA ISLAM

iluvislam

Ahad, 31 Mei 2009

MEMANG LA'NATULLAH!!!!!!

Malam ni mood aku tak berapa baik.. asal tadi baik jer.. tapi, lepas aku dapat satu emel dari kawan aku, dan tatkala aku menatap kandungan emel tu.. tetiba aku rasa telinga aku panas dan berapi... memang BODOH!!! KEJAM!!

betapa kejam askar2 itu merogol dan menyiksa seorang perempuan secara beramai2.. dari tangisan wanita tersebut jalas dia kesakitan yang amat sangat.. apa tidak nya.. kemaluannya ditusuk dengan tangan askar kafir la'natullah tersebut hingga ke siku.. ditonyoh tangan mereka masuk dan keluar sekuat hati seperti sedang menggergaji kayu... bayangkan lah betapa sakit dan azabnya wanita itu... meraung2 tapi tak siapa peduli.. malah diketawakan..

Hati aku sakit... hati aku panas.. aku nak nangis.. aku sedih dan kasihan melihat perempuan itu.. tapi aku kuatkan hati.. aku pujuk diri dan hati aku, bahawa nanti semua manusia laknat itu akan mendapat balasannya.. dan wanita itu juga akan ada tempatnya..

Aku berharap... jika sesuatu berlaku pada wanita tersebut.. beliau tetap di dalam iman..

Sampai sekarang hati aku masih sayu... mood aku pon slow malam ni.. aku teringat apa yg aku tgk.. betapa sakit dan tersiksanya wanita tersebut di perlakukan seperti binatang.. wajarkah aku menangis???

Kenapa mesti di siksa seorang wanita.. bukan kah wanita itu perlu di perlakukan sebaiknya...

dan bagaimana pula kalau perkara tersebut berlaku kepada saudara mara kita..adik.. kakak..emak..ishh... tak tahulah nak kata.. Aku hanya mampu berserah kepada ALLAH.. sesungguhnya ALLAH lebih berkuasa..

FUHH... BAHAGIANYA JADI WANITA (PART 3)

Dah lama tinggal blog ni.. Lupa ada yang tak ter'update.. Tentang bahagianya dan istimewanya kita dijadikan sebagai wanita.. now kita sambung balik k.. keistimewaan seterusnya....

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Selasa, 26 Mei 2009

cuti..


Salam.. dah lama sungguh aku tak update blog ni.. ada lah dekat 2 bulan rasanya.. Sejak sibuk dengan blog forex, mmg aku terabaikan sikit blog ni.. apatah lagi dengan kesuntukan masa dek kerana melayan pertanyaan dan soal jawab dengan client.. bila trade forex dah tak berapa nak rancak ni, dan jugak kerana tak ada client yang menyapa, aku ambik kesempatan ni utk update sikit2 blog ni..

Sekarang, hingga saat ni, bermakna dah dua minggu aku berada kat kampung aku di felda jengka 11 pahang.. Banyak dah berubah kat rumah aku sejak 2-3 bula peninggalan aku.. depan rumah dah ada kolam batu buatan.. besar jugak lah.. tu hasil kerja keras abang ipar aku tu. apapun, thanks abg wan sbb sudi buatkan kolam tu untuk ayah..


ni la kolam tu.. belum di cat


Sebelah kanan rumah pulak dah ada kebun sayur. Dan tukang kebunnya tak lain tak bukan adalah mak aku sendiri. Sawi, kobis, tomato, cili, semua ada. senang kata, tak payah lah beli sayur kat kedai dah..

ni pokok petola.. belah belakang sikit dari umah aku..

ni pokok cabai a.k.a cili a.k.a lada


ni pokok cabai


ni pokok sawi, tomato n kobis.. sawi tu dah banyak kali dipotong oleh mak aku dan jejiran seangkatan dgnnya..

ni tapak semaian



ni plak pokok terung kat bahagian depan umah aku..



Belakang rumah pulak dah ada kolah untuk ternakan ikan keli dan ikan puyu. tak da la banyak pon ikannya.. sekadar hobi mak ayah aku.

Dalam rumah, balang ikan perhiasan dah bertambah jadi 3 balang. pun ayah dan mak aku yang punya kerja.. Dulu aku balik ada satu balang aje..

dalam ada yang bertambah-tambah tu, ada jugak yang berkurang.. remote astro rumah aku dah tak boleh pakai.. kena tekan sendiri kat dekorder tu.. leceh.. ayah pulak suka tengok bola.. channel ESPN.. no 882.. adoiii.. nak menekan nya ke no 101 balik punya la lama.. bertenggek kat depan TV tu nak alih channel. Dan aku pulak, suka tengok channel AXN. nak patah balik ke saluran 701 tu.. adeii.. baik aku tengok forex aku..

Actually aku balik kampung ni sebab kawan aku nak kawen. 8 jun ni dia kawen.. oleh kerana dia ni member aku kat kampus, ku gagahkan jugak balik ke pahang semata nak hadiri majlis perkahwinan dia.. dia tak datang majlis kawen aku nanti, siaplah...aku bakar kemah kawen adik dia..huhh.. ganazz..

Balik kali ni, aku jadi remizer plak untuk ayah aku.. duk kerja tengok saham dia aje lah.. nasib baik klse buka sampai kul 5 petang ajer.. malam dapat ler aku kosentret kat forex.. banyak jugak duit pakcik ni, masuk ni ada dalam 30 lot saham dia beli.. rupanya selama ni dia beli nombor (sijil simpanan premium.. bukan nombor ekor).. ada dah satu nombor dia naik.. dapat tempat ke 12 aje lah.. ok lah tu.. dapat jugak..

Aku tak ke mana sangat kali ni.. terperap dalam bilik ajer 24 jam.. memorex.. aim aku sekarang ni, nak kumpul duit.. nak kumpul duit.. nak kumpul duit.. aim yang lain, aku tolak tepi dulu.. malas nak fikir lah tentang banda lain.. baik aku fikir tentang forex

HATI-HATI YANG BERSAMAKU

fevret film