SANTAI CARA ISLAM

iluvislam

Khamis, 12 Mac 2009

SEDIKIT SEBANYAK KES TU DAH SETEL..

salam..

alhamdulillah.. sedikit sebanyak kes fitnah yang melanda diri aku dah setel.. kerana tuan tanah yang buat dakwaan tu tak dapat bagi bukti seperti mana yg didakwa..

aku dah semakin ok, dan aku nak tumpukan semula kepada pembacaan dan penulisan aku.. makin tangguh, makin lambat siap dan makin lambat aku menikmati hasilnya..

go! go!

Ahad, 8 Mac 2009

MINGGU BARU... AZAM BARU...

salam..

hari ni aku dikejutkan lagi dgn susulan fitnah yang dilemparkan kepada aku.. tak tahu lah siapa punya angkara.. semoga dia diberikan hidayah untuk membaiki kesilapan yang dia lakukan.. dan aku masih berasa ikhlas untuk memaafkannya jika dia sudi memohon kemaafan dariku..

minggu ni, aku akan memulakan trade forex aku semula setelah sekian lama terbengkalai dan ditinggalkan.. aku akan trade dgn penuh bersemangat semula. semua dongengan2 tu aku nak ketepikan ajer.. yang penting, aku buat kerja aku sebaiknya.

minggu ni jugak aku rasa nak perbaiki solat aku. terutamanya mengawalkan solat di awal waktu.. harap2 aku diberikan kekuatan untuk istiqamah dalam beramal ibadat..

minggu ni jugak, aku nak mulakan semula penulisan buku aku yg juga terbengkalai dek kerana takda semangat ari tu.. semoga buku tu cepat siap dan aku cepat mendapat hasilnya.. insyaallah.. sesamalah kita doakan yer...

Khamis, 5 Mac 2009

FUHHH.... BAHAGIANYA JADI PEREMPUAN (PART 2)

ok seperti yang dijanjikan, ini adalah part 2 keistimewaan wanita di dunia akhirat. semoga kita tergolong di kalangannya>

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


kita jumpa di part 3 ye.. baaaaanyak lagi keistimewaan wanita ni..

CINTA DAN HARAPAN

Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia

siapa punya kerja lah ni..

salam...

dalam kepenatan aku minggu ni, aku diganggu lagi dengan perkara2 yang sangat menguji kewibawaan aku.. adoii... nak kata aku ni public figure, tak lah sangat.. tapi kenapa lah sifat dengki manusia ni melampau-lampau sangat. sedangkan aku tak da pulak niat nak mengenakan sesiapa atau menjatuhkan sesiapa.. kenapa aku nak dijatuhkan..

fitnah yang dilemparkan kat aku, sedikit sebanyak memberi tamparan hebat pada aku.. walau pun perkara tu 'tak tepat' tapi agak menggugat dan menggoyahkan aku.. bagai nak luruh jantung aku membaca tohmahan yang diberikan kepada aku..

tapi tak mengapalah.. aku anggap itu sebagai kerja orang yang tidak berilmu.. nak menjatuhkan sesama saudara. dengan berbekalkan kata-kata kesat dan begitu menyakitkan. namun begitu ia sedikit sebanyak melibatkan nama baik aku yang aku begitu pelihara dalam dunia maya ni walaupun banyak kritikan dan tohmahan lain diberikan.. namun apabila melibatkan fitnah ni, aku rasa terganggu jugak.. ye lah.. benda yang tak ada, di ada2kan.. siapalah punya kerja ni..

di samping tu jugak aku diganggu dgn sms2 yang agak 'biru' dan menjijikkan.. apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni.. tak boleh tengok ada orang lebih ke depan.. nak mendengki aje lah..

aduh..penat.. penat.......

Rabu, 4 Mac 2009

adoiiii!!!!!

malam tadi, tengah aku sedap2 layan fungkurfm, sambil2 beauty makeover kan blog aku (tapi xjadi) datang la anak buah aku ni mintak tolong aku pakaikan pampers dia..

"auntie.. tolong pakaikan pampers..nak tidur" sambil hulur pampers bersaiz XXL dia tu kat aku..

dan aku.. mcm biasa.. nak menyakat dia..

"dah gosok gigi?"

dia angguk kepala.. hmm.. aku tau angguk dia tu tak ikhlas.. aku dapat idea..

"meh sini auntie nak cium wangi ke tak gigi".. haha.. dah keruh muka dia.. bebudak.. kalau dah kantoi mmg takut sendiri..

"belum gosok gigi kan.. pi gosok gigi dulu.. pas gosok gigi baru auntie pakaikan pampers". tetiba tak pasal2 dia menangis.. alamak.. apesal pulak budak ni nangis.. tapi aku buat tak tahu ajer.. lantak dia la.

ish.. lama pulak dah nangis. tau dek mak bapak dia ni mampus aku..

"kenapa mesti nak nangis ni.. auntie ada buat apa.. " aku dah mula rasa rimas. kenapa la tak pasal2 nak nangis. buat perangai betul lah..

but aku still buat tak tahu ajer.. sat lagi berenti la tu.. lagi pun aku bukan buat apa2.. cuma suruh pergi gosok gigi ajer..

lama2 setelah aku buat tak layan, dia keluar bilik.. aku ingat tak ada lah apa2 dah.. setel.. rupanya tidak. dia melalak pulak kat mak bapak dia...... adooiii mampus aku!

FUHHH.... BAHAGIANYA JADI PEREMPUAN (PART 1)

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.

Istimewanya Wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Haaaa... ini baru part 1.. banyak lagi keistimewaan wanita yang ramai wanita mahupun lelaki tak tahu.. atau dah tahu tapi buat2 tak tahu..

kita jumpa dalam part 2 ye..

SENANDUNG HIDUP BERBUDI..

Ombak lautan berombak
Mengapa mengubah pasir di pantai

Bayu bertiuplah bayu
Mengapa menjadi ribut dan badai

Begitu kita merancangkan
Belum pasti hadirnya kebahagiaan

Fahamlah apa itu takdir
Akan berseri hidup yang ditadbir

Hidup menggadai harta
Agar diri berharga
Janganlah kau salah mengerti
Kelak kau kan menggadai diri

Mencari penghormatan
Janganlah sampai terkorban
Yang mulia pasti kita hormatkan
Yang rendah jangan dihinakan

Tenang di air yang tenang
Jangan di sangka boleh direnang
Kail panjanglah sejengkal
Janganlah lautan hendak diduga

Itulah pesan orang lama
Menjadi bekal pada yang berusaha
Ingatlah pepatah ini
Menjadi panduan hidup berbudi

Selasa, 3 Mac 2009

TAK DAPAT FOKUS

Salam..

buat masa ni, beberapa hari ni, aku tak dapat nak fokus apa2 perkara yang aku buat.. kalau buat pun, semua separuh jalan.. separuh lagi dah xda semangat.. tinggal.....

entah aku pon tak tau ke mana perginya semangat2 aku sebelum ni.. sampai nak solat pun, pak imam dah nak azan solat yang seterusnya barulah aku nak ambik wudu'..

kalau sebelum ni, pantang ada masa mesti nak buka komputer. skrg ni, nak keluarkan komputer dari beg pun malas.. nak jemur baju pun malas.. nak lipat selimut pun malas.. makan ajer yg rajin.. tu pon jarang2 dah.. malam tadi ajer selera sket sbb gi makan kat kola perlis.. menyantap seafood kegemaran aku iaitu udang dan ketam.. huhu.. syok habis.. tapi itu aje lah yang semangat pon.. lunch tadi dah mai balik rasa xselera tu.. makan xsampai separuh pinggan.. mungkin sbb xselera, atau pon sebab dah kenyang pagi tadi aku dah melantak makan cendawan goreng satu bungkus + kuih 4 ketul. tapi, selalunya, kalau aku dah melantak macam tu sekali pun waktu bekfes, lunch aku tetap lunch.. nasi tetap nak melimpah keluar pinggan..hmm..

kenapa dgn aku ni.. aku tahu ini bukanlah aku yang aku kenali.. ke mana perginya aku yang aku kenali ni!!!!

RAHSIA SOLAT

Salam..

Sambil lepak2 baru balik makan ni, nak jugak aku berkongsi dengan korang satu perkara tentang solat.. mungkin kita tak tahu, apa intipatinya bagi satu-satu pergerakan kita dalam solat itu.. Ia bukanlah semata2 satu pergerakan kosong.. ini aku kutip dari sejarah2 pembacaan aku selama aku hidup nih.. ada jugak la aku baca benda2 yang berhikmah.. huhu..

Intipati-intipati dan fadhilat tersebut adalah:

1)Niat sembahyang: Sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia hingga akhirat.

2)Berdiri betul : Fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3)Takbiratul Ihram : Fadhilat sbg pelita yang menerangi kita dalam kubur.

4)Fatihah : Sbg pakaian yang indah2 di dalam kubur.

5)Ruku' : Sbg tikar kita di dalam kubur.

6) I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al kautsar ketika di dalam kubur.

7) Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul-Mustaqim.

8)Duduk antara 2 sujud : Akan menaung panji2 nabi kita di dalam kubur.

9) Duduk antara 2 sujud (akhir) : menjadi kenderaan ketika di padang Masyar.

10) Tahiyat akhir : Sbg penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh malaikat di dalam kubur.

11) Selawat Nabi : Sbg pendinding api neraka di dalam kubur.

12) Salam: memelihara kita dalam kubur.

13) Tertib : Akan pertemukan kita dengan ALLAH SWT.

Haaa... itu lah antara fadhilat2 setiap pergerakan yang kita lakukan dalam solat.. jadi, lakukanlah ia dengan sempurna dan khusyu'.. kerana terlalu banyak hikmah yang tersembunyi disebaliknya.. Sesungguhnya ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu yang sia2 untuk hambaNya yang dicintai-Nya..

Minggu yang memenatkan..

salam..
Minggu ni agak bizi jugaklah.. bukan bizi aper.. anak buah aku duk kene ulang alik ke Kedah Medical Centre (KMC). aku kene lah meneman kakak aku memandangkan laki dia tak da. gi Sabah.. Pergi pagi, balik petang.. dah sampai rumah, penat toksah kata lah.. itulah yang membuatkan aku tak sempat nak meng'update' blog ni selama beberapa hari.. kerja2 penulisan buku aku jugak tertangguh sikit..

Bila dah free semula ni, dapat lah aku menyambung semula kerja2 yang tertangguh yang bertimbun ni. Kredit hp aku pun xsempat aku nak reload. malah lebih parah lagi, HP aku pun aku tak sempat nak charge.. mati katak macam tu ajer.. bukan masalah tak nak charge, tapi charger HP aku ni tertinggal masa retreat kakak aku kat Pulau Jerejak dulu.. nasib baik ada USB connector yang boleh charge kat komputer.. dan, kalau dah kata komputer tu, terpaksalah aku buka komputer dulu baru boleh charge.. nak buka komputer tu yang menimbulkan kemalasan di lubuk hati aku ni.. huhu.. maka keputusannya.. teruslah HP tu mati katak.. huhu..

HATI-HATI YANG BERSAMAKU

fevret film