SANTAI CARA ISLAM

iluvislam

Selasa, 3 Mac 2009

RAHSIA SOLAT

Salam..

Sambil lepak2 baru balik makan ni, nak jugak aku berkongsi dengan korang satu perkara tentang solat.. mungkin kita tak tahu, apa intipatinya bagi satu-satu pergerakan kita dalam solat itu.. Ia bukanlah semata2 satu pergerakan kosong.. ini aku kutip dari sejarah2 pembacaan aku selama aku hidup nih.. ada jugak la aku baca benda2 yang berhikmah.. huhu..

Intipati-intipati dan fadhilat tersebut adalah:

1)Niat sembahyang: Sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia hingga akhirat.

2)Berdiri betul : Fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3)Takbiratul Ihram : Fadhilat sbg pelita yang menerangi kita dalam kubur.

4)Fatihah : Sbg pakaian yang indah2 di dalam kubur.

5)Ruku' : Sbg tikar kita di dalam kubur.

6) I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al kautsar ketika di dalam kubur.

7) Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul-Mustaqim.

8)Duduk antara 2 sujud : Akan menaung panji2 nabi kita di dalam kubur.

9) Duduk antara 2 sujud (akhir) : menjadi kenderaan ketika di padang Masyar.

10) Tahiyat akhir : Sbg penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh malaikat di dalam kubur.

11) Selawat Nabi : Sbg pendinding api neraka di dalam kubur.

12) Salam: memelihara kita dalam kubur.

13) Tertib : Akan pertemukan kita dengan ALLAH SWT.

Haaa... itu lah antara fadhilat2 setiap pergerakan yang kita lakukan dalam solat.. jadi, lakukanlah ia dengan sempurna dan khusyu'.. kerana terlalu banyak hikmah yang tersembunyi disebaliknya.. Sesungguhnya ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu yang sia2 untuk hambaNya yang dicintai-Nya..

Tiada ulasan:

HATI-HATI YANG BERSAMAKU

fevret film