SANTAI CARA ISLAM

iluvislam

Khamis, 26 Februari 2009

Aku terpaksa melupakannya

aku rasa malam ni aku telah kehilangan sesuatu.. sesuatu yang aku rasa sangat berharga dalam hidup aku.. sesuatu yang aku rasa mampu memberi cahaya dalam hidup aku.. aku kehilangan permata yang pernah aku terjumpa dicelah2 timbunan kaca tak lama dulu..

mungkin silapnya terletak pada aku kerana terburu2 menarik permata tersebut.. tetapi aku rasa tak salah kerana aku takut orang lain akan merampasnya daripada aku..

memang nyata permata tersebut memang sukar untuk aku capai.. terlalu halus dan jauh dan ia juga seakan makin menjauh.. membuatkan aku terpaksa membuat keputusan untuk melupakannya.. "lupakan aje lah.. mungkin takdir ia bukan milikmu"

tanpa permata tersebut.. hidup aku kembali gelita.. dan aku nekad tidak mahu mencari permata lagi.. biarlah tidak ada kilauan permata dalam hidup aku.. aku pasrah menjalani kehidupan aku di dalam kegelapan.. kerana permata yang aku harapkan untuk menyinari kehidupanku, kini terpaksa ku lupakan...

Ya ALLAH... Hanya Kaulah yang aku harapkan...

Selasa, 24 Februari 2009

LA TAHZAN.. JANGAN BERSEDIH..

dah lama aku idamkan nak buku ni.. kat rumah aku kat kampung dah ada kakak aku beli buku ni. tapi sebab aku ni jenis yang suka simpan koleksi buku-buku aku sendiri, maka dgn angkuhnya aku tak nak buku yang kakak aku beli tu.. baca pun tak.. huhu..

but bila sorang kawan aku ni duk sebut2 'la tahzan' yang bermaksud -jangan bersedih tu, ditambah pulak dengan jiwa aku yang tengah lara ni, tergerak jugak aku nak jenguk apa isi kandungan buku tu..

aku pun search la kat pdf search engine. tempat yg biasa aku mendownload buku (kalau rasa kedekut nak beli). maka aku terjumpa lah buku ni.. lengkap ngan kulit buku lagi.. but satu yang aku pelik, kawan aku yang nama Izat tu kata, page dia ada 600. but aku tgk yg aku download tu ada 144 pages ajer. aku bimbang gak ada yg xcomplete ngan buku yg aku download tu. Tak pe lah.. nati gi mana2 kedai buku aku cari la buku tu.. beli ajer la.. jangan kedekut sgt..

kebetulan minggu ni ada pameran buku kat Library UUM. aku yg minat membaca ni apalagi.. terus la excited nak pergi.. aku cakap kat kakak aku, masa kami parking keta. aku cakap aku nak gi kat pameran tu sat. kebetulan dia kata dia pun rasa nak pergi. so kami pon pergi lah berdua.. naik2 ajer tangga kat library tu, terus aku nampak booth QSI bookstore. aku tahu booth tu milik Ust. Arif. memang aku selalu beli buku kat gerai Ust Arif ni masa dia buka stall kat fakulti ekonomi dulu. Ada la dalam 20 buah buku jugak kalau dikumpul2 yang aku beli dari Ust Arif ni. dia pun dah kenal aku. malah dia penah pinjam salah satu buku dari koleksi aku sebab dia tak jumpa buku tu kat pasaran.

Aku pun terus gi kat booth tu. aku tanya budak jaga booth tu, "mana Ust?" budak tu cakap ust tu keluar kejap. Aku tanya la ada buku La Tahzan ke tak. budak tu kata, ada 3 jenis buku tu. aku naik heran gak.. nape sampai 3 jenis?. aku tanya la apa beza buku2 tu. rupanya berbeza penerbit ajer.. ada yg hard cover. ada yg x hard cover.. but yang lain dah habis tinggal yang kulit biasa ajer.. aku pun tengok2 buku tu. hmm.. menarik content nyer.. but aku teringat yg aku tak bawak duit pun.. huhu.. kad ATM pun aku xbawak.. malah lebih teruk IC n lesen pun aku tinggal. kalau la tetiba polis or imigresen mengigau siang nak buat inspection IC, mmg aku kantoi dah tu.. aku pon cari kakak aku.. dia dah la kecik.. Hilang kat tengah2 ramai org tu..

fuhh.. nampak gak kakak aku kat booth KOOP UUM. actually laki dia boss besar KOOP tu.. dia nak beli buku business research method yang hard cover.. aku nampak dia belek2 buku tu.. tapi pastu dia letak balik buku tu.. aku tanya dia, "xjadi beli ker buku tu?'. dia cakap, dia nak beli. tapi hard cover, so takut la pricenyer pun hard jugak.. "laa.. kan buku kat situ lelong dari RM5-RM20" aku cakap kat dia. dia tanya aku balik "mana awak tahu?" aku pon tarik dia gi kat meja tu balik. aku tunjuk label kat meja tu. "LELONG.. RM5-RM20..tengok tu"kata aku sambik menunjuk kat label tu.. "ooooo..." . itu aje jawab dia.

sementara dia tengok buku yang dia dah letak tadi, aku gi balik kat booth Ust Arif.. aku tak perasan Ust arif dah ada.. aku mintak balik buku LA tahzan yang aku tengok tadi (budak tu simpan pulak dah).. tetiba aku dengar orang bagi salam. "Assalamualaikum". aku tak tahu siapa yang bagi salam dan untuk siapa salam tu diberi. tapi aku jawab ajer selamba tapi sekadar aku yang mendengar. "waalaikumsalam" dan aku terus baca contents buku tu tanpa angkat muka sikit pun. buat tak heran ajer kat org yang bagi salam tu. sbb aku ingat bukan kat aku yg ditujukan salam tu. mungkin org2 sebelah aku.. maklumlah ramai kat situ.. aku malas lah nak perasan.. huhu..

"buku tu bagus, buku yang paling laris. semua orang patut ada buku tu".. tetiba org yang bagi salam tadi cakap.. tetiba aku rasa something wrong somewhere (ewahh..). sebab ayat 'semua orang patut ada buku tu', macam aku pernah baca.. ye! dekat cover buku yang aku tengah belek tu.. aku angkat la muka nak tengok sapa yang cakap tuh..(ala2 adegan filem).. Alhamdulillah.. rupanya Ust Arif masih kenal aku lagi walaupun dah beribu pelanggan yang dia jumpa. Aku pun dgn nada terharu nya tanya khabar Ust Arif.. muda lagi dia ni sebenarnya. dia sihat.

Ust arif pun serba ringkas menceritakan isi kandungan buku La Tahzan tu.. " Penulis ni mendedahkan waktu mana manusia akan menyebut dan mengingati ALLAH.. Jawapannya adalah waktu manusia dalam kesusahan. Waktu itulah manusia akan mendekati ALLAH setelah mungkin sekian lama dilupakan.. ".. hmm.. betul tu.. mmg hal tu aku akui..

Tak lama pastu kakak aku pun datang.. Ust Arif bersembang pulak ngan kakak aku memandangkan dia kenal laki kakak aku ni.. memang laki kakak aku ni ramai org kenal.. Sapa yang tak kenal laki dia tu kat area changloon ni, mmg orang tu kaki TV la.. xkenal dunia sekeliling.. depa bersembang aku tak sampuk la.. aku dengan hal aku membelek2 buku kat tgn aku tu.. melihat isi kandungan dan jugak sinopsis kat belakang buku tu..

Dah abis depa sembang, aku pon cakap kat kakak aku, aku nak pinjam RM35 nak beli buku tu.. kakak aku pon buka la purse dia.. kira punya kira, ada RM34 ajer.. sebab dia pun baru lepas beli buku yang dia belek tadi. hmm.. aku pun korek semua poket yang ada kat seluar dan jacket aku.. xda.. huhu... sedihnya.. kakak aku pon kata, datang semula esok.. beli esok.. mintak Ust simpankan.. Aku pon stuju.. aku cakap kat Ust tolong simpan buku tu.. esok aku datang balik.. dan Ust pun dgn senang hati setuju dgn permintaan aku.. actually tu bukan pertama kali aku mintak ust buat mcm tu.. dari masa dia buka stall kat fakulti dulu lagi perangai aku tu dah ada dah.. maklumlah.. setakat gi kelas ajer buat apa nak bawak duit banyak2.. kene lah datang esoknyer dgn bawak duit.. kekadang ust bagi aku ambik buku dulu.. bayar kemudian.. aduhh.. betapa seorang Ust yang berilmu mempercayai aku yang x seberapa ni..

pagi tadi, masa nak bersiap gi opis, aku ambik siap2 kit aku yang mengandungi semua kad2 termasuk kad pengenalan, lesen, kad ATM, debit dan sebagainya.. hilang satu kit tu, tak ke mana lah aku..

lepas kakak aku abis mengajar kuliah dia kul 9.30, kami gi brekfes kat LEGO (nama tempat makan kat UUM).. lepas tu terus aku gi library.. dah ternampak dah lambaian buku La Tahzan melambai2 kat aku.. kakak aku tak ikut sekali.. dia ada keja.. aku gi sorang ajer..
tapi sebelum tu aku gi bank out duit dulu kat ATM machine kat bawah library tu.. ternampak pulak stall Digi. teringat pulak aku kat no digi aku yg ilang bersama hp aku masa dalam perjalanan aku nak bagi seminar kat KL dulu.. aku pun try tanya kot2 boleh dapat balik memandangkan no tu adalah no VVIP yang aku dapat beli ngan harga RM8 ajer..(mungkin org kedai tu xperasan no tu cantik-014 6090609). deal punya deal, akhirnya.. nak menangis aku bila aku dapat balik akhirnya no kesayangan aku yg aku tak terpikir aku akan dapat balik. gratis plak tu (percuma kata org melayu)

Dah setel urusan Digi dan dah dapat balik no tu, aku pun mula la melangkah ke tingkat atas.. fuhh.. sib baik dah buka.. bimbang juga sbb aku datang awal jugak lah kiranya.. aku terus aje gi kat booth Ust arif.. dia xda.. tak pa lah.. aku cakap kat budak yang jaga booth tu aku nak buku yg aku mintak ust Arif simpan semalam. Tinggal satu ajer naskah lagi. itu pun yang Ust Arif simpan untuk aku.. Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya jugak aku memiliki La Tahzan.. happy sungguh rasanya.. but tak complete lagi misi aku sebab tak baca lagi buku tu.. aku target minggu ni jugak abis buku tu..

aku akan baca buku ni dan aku akan kongsikan kat sini apa2 yang aku rasa menarik dan berguna utk aku kongsikan bersama korang.. InsyaALLAH.. tungguuuu!!!

Aku Rasa Aku dah Jumpa Permata tu..

Aku rasa aku dah jumpa permata yang aku cari tu.. ada dalam timbunan kaca.. walaupun aku belum tengok betul2 permata tu, tapi aku yakin.. aku nak permata tu.. aku yakin permata tu akan mengubah hidup aku..



Tapi bila aku cuba nak ambik permata tu, permata tu tak nak dekat.. permata makin jauh sikit.. susah aku nak capai.. permata macam nak tenggelamkan diri di balik timbunan2 kaca tu.. permata tu bimbang agaknya.. takut ia bukan permata.. apatah lagi permata yang aku cari..



aku pun buat keputusan.. aku takkan ambik permata tu secara paksa atau kasar.. nanti tangan aku luka terkena kaca-kaca yang menimbun tu.. jika permata itu mmg milikku.. tentu aku akan milikinya.. esok atau lusa..

bukan aku berputus asa.. aku tetap menanti dengan hati terbuka..aku tidak berpaling dan meninggalkannya.. tetapi usahaku tidak boleh keras.. kerana permata itu halus.. hanya aku bertawakal kepada ALLAH.. semoga permata itu timbul untuk aku capai dan miliki.. dan akan membuat hidupku kembali bersinar..

AKU JUMPA KUCING

Malam tadi sebelum gi makan aku singgah opis sekejap ambik labtop yang aku tinggal petang tu.. masa nak naik tangga ke tingkat 2 di mana terletaknya opis tu, ada lah sekor makhluk ALLAH bernama anak kucing ni datang "miow..miow.." kat aku.. adoi.. tersentuh ati aku.. dalam ati aku kata "manalah mak bapak budak ni".. anak buah aku yang mmg duk kemaruk kucing tu pun terkinja2 nak anak kucing tu.. aku kesian jugak sbb anak kucing tu kecik lagi.. comey lak tuh.. muka dia macam anak kucing (dah tu.. muka apa lagi)..

pastu kakak aku pon kata " xper.. kita naik atas ambik biskut.. bagi dia makan" aku pon stuju jer la walaupun dalam ati aku ni duk kata "kucing makan ke biskut?" samapai kat atas, aku packing labtop aku cpt bersama broadbandnyer, dan kami turun balik ke bawah dgn tangan anak buah aku penuh dgn biskut jenama 'IKO'.

sampai ajer bawah, mmg betul jangkaan aku.. kucing tak makan biskut walaupun biskut tu berjenama sekali pun.. aku pon tolong jugak lah sumbat dalam mulut dia.. pon dia tak mau jugak.. last2 kami tinggal aje la dia kat situ.. sbb kami plan nak pi makan jauh sket malam ni.. tekak ni dah terasa2 mee goreng udang. udang dia, humang aihhh... sebesar ibu jari kaki pak cik aku yg aku panggil 'giant' tu. fuhhh...

tapi yg aku tak tahan, budak kucing tu ikut pulak dah sambil miow..miow.. aku cakap kat kakak aku.. "dia tau ke kita nak gi makan udang besar?" kakak aku senyum ajer.. nak tak nak kami terpaksa tinggal ajer anak kucing tu.. masalahnya dia ikut jugak.. sampai kat satu longkang tu, ada la penutup longkang yang macam grill tu.. selamba kucing dia ajer melangkah.. dah terkial2 kaki termasuk kat celah2 penutup longkang tu.. adoi.. budak kucing nih... menguji kesabaran sungguh..

last2 aku bawak la dia naik ke atas tempat parking keta kami tu.. dengan harapan, nanti dia boleh jalan sampai satu cafe yang tak jauh dr tempat tu.. aku nampak cafe tu buka.. masa bawak dia tu, aku tatang mcm minyak yang penuh.. huhu.. tapi.. cilako punyo anak kucing!.. dia gigit tangan aku.. tak kenang budi langsung.. huhu..

sampai kat atas, kat tempat kami parking keta tu, aku letak dia atas koridor.. anak buah aku ni plak sibuk nak tunggu anak kucing tu.. "auntie.. anak kucing ikut kita.. kita bawak balik ye auntie. Dia takut guruh. U'a (nama panggilan anak buah aku) ambik jaga dia ye.. nanti dia takut guruh.." ikut kan ati aku ni memang aku nak ambik jugak.. aku suka gak kucing nih.. lagi2 anak kucing.. comey.. Rasulullah pun suka kucing. Binatang kesayangan Rasulullah. Masa aku bagi seminar kat KL, ada sorang peserta aku cakap, "since i bela kucing kat rumah i cik Ran, rezeki i bertambah tau" .. hmm.. mungkin jugak.. sebab ayah aku pon penah cakap.. " Pero kucing ni baguh.. dio makhluk Tuhey jugok.. Rezeki kito rezeki dio.. banyok buleh pahalo kek gi".. tu la antara ayat-ayat cinta ayah aku. dia orang kelantan... but jiwa dan ideologi dia jauh berbeza dgn orang kelantan pure.. jauh sangat2 berbeza..

ok balik kat criter anak buah aku nak bawak balik anak kucing tu sebab bimbang anak kucing tu takut guruh.. aku pon cakap kat dia "elehhh.. awak tu kalau dgr guruh menjerit macam nampak hantu, ada hati nak jaga kucing takut guruh.." dia senyap ajer.. mengakui yg dia tu mmg takut guruh lebih dari anak kucing.. but satu benda yang aku respect budak ni adalah, aku nampak tokoh penyayang dan perihatin dia tu. sejak dia kecik lagi dah nampak. ada satu masa aku, n family kakak aku plus member korib aku nama 'IKO' gi holiday kat langkawi, dia terlekat gula2 jelly. punya la kuat dia melalak selepas gula2 tu dapat keluar dari kerongkong dia.. tetiba dia nampak sampah kat dalam keta yang belum buang.. dalam nangis2 ni dia sempat lagi cakap "tu sampah tak buang lagi!" dan lepas tu sambung nangis semula.. masa tu umur dia 3 tahun kalau x silap..huhu.. budak.. budak..

walaupun aku larang anak buah aku bawak balik anak kucing tu, sebenarnya dalam ati aku ni rasa kuat nak bawak balik jugak anak kucing tu. tapi disebabkan aku ni duduk rumah orang, tak mau la aku memandai2.. lagi pun kakak aku ni macam alergik sikit dgn kucing.. walaupun dia seorang penyayang..

aku terus teringat kat Izat.. baru petang tadi aku baca blog izat.. Izat suka kucing jugak.. suka kutip kucing jugak.. aku terfikir.. kalau Izat ada ni, nak ajer aku suruh dia ambik kucing tu bawak balik rumah dia macam yang dia selalu buat masa kecik2 dulu.. nak tak nak kami terpaksa tinggalkan anak kucing tu kat situ.. tersentuh jugak hati sensitip aku ni.. sedih.. napa lah mcm tu nasib anak kucing tu.. aku ingat aku ajer yang malang hidup kesepian.. rupanya ada lagi yang lebih malang dari aku..

dalam perjalanan ke tempat makan tu.. anak buah aku sibuk la duk pancing ibu dia supaya bawak balik anak kucing tu.. dan aku pulak.. bizi dengan lamunanku.. terfikirkan seseorang.. apa yang dia buat sekarang nih agaknyer..

Isnin, 23 Februari 2009

Kembalilah Kepada ALLAH..

Kita harus sedar bahawa kita manusia adalah setinggi-tinggi makhluk Allah di muka bumi ini. Kesedaran ini janganlah sampai membawa kita terlupa bahawa kita juga boleh jatuh menjadi serendah-rendah makhluk jika tersalah mengemudikan bahtera hidup ini. Ini sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya manusia Aku cipta dalam sebaik-baik kejadian. Lalu Aku jatuhkannya menjadi serendah-rendah makhluk; kecuali mereka yang beriman, beramal soleh. Mereka mendapat ganjaran yang tidak putus-putus"

Manusia menjadi mulia kerana sifat kemanusiaannya yang berteraskan kekuatan fikiran dari otak. Malang sekali jika disalahgunakan kecerdasan fikiran ini untuk merosakkan kemanusiaan itu sendiri sehingga menjadi kebinatangan.

Akal yang ada pada manusia telah menjadikan kita makhluk yang mulia, berbudaya dan mempunyai tamaddun yang boleh dibanggakan. Manusia mampu mencipta pelbagai alat moden yang canggih-canggih untuk keperluan mereka. Dengan akal juga, manusia dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Oleh kerana kemampuan akal inilah maka manusia menjadi makhluk yang paling tinggi dibandingkan dengan haiwan, tumbuhan dan makhluk-makhluk lain.

Walaupun akal satu unsur mulia dianugerah kepada manusia, namun ia sering disalahguna sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai kerosakan seperti pergaduhan, rompakan, fitnah, rasuah dan penipuan sama ada di peringkat atas maupun rakyat biasa. Sejarah telah melihat kejatuhan sesuatu tamaddun atau bangsa itu adalah kerana manusia sendiri menggunakan kebijaksanaan akalnya untuk melakukan segala bentuk kejahatan dan penindasan sesama mereka. Mereka sanggup melakukan kezaliman dan penindasan semata-mata untuk menjaga kepentingan sendiri dan kumpulannya. Gejala kronism dan nepotism adalah contoh manifestasi penyalahgunaan akal dalam mengurus diri dan masyarakat.

Apabila akal yang sepatutnya diletakkan di satu kedudukan yang tinggi dikorbankan untuk sesuatu kepentingan diri, maka tepatlah apa yang difirmankan Allah bahawa manusia akan terjun menjadi serendah-rendah makhluk, bahkan lebih rendah daripada haiwan yang melata. Manusia begini adalah ibarat bangkai manusia; jasad berlembaga manusia tetapi mempunyai pekerti seperti binatang. Maruah kemanusiaan yang ada pada diri tergadai kerana menurutkan nafsu yang menjadi musuh kepada akal.

Jadi, satu persoalan timbul bagaimana seharusnya kita menjaga akal kita supaya kemanusiaan kita tidak bertukar dari taraf setinggi-tinggi makhluk kepada taraf serendah-rendahnya? Untuk menjelaskan presoalan ini, kita semestinya kembali kepada persoalan siapa yang menjadikan kita dan akal kita. Ringkasnya, manusia mestilah kembali kepada Allah, beriman serta mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Manusia tidak akan sempurna setakat mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang sekular dan mempunyai kepakaran yang tinggi dalam teknologi IT atau seumpamanya tanpa disertai dengan keimanan yang teguh terhadap Allah.

Kepercayaan dan keimanan kepada Allah adalah menjadi kesedaran yang tertinggi dan menjadi paksi segala kesedaran dan anutan. Ia akan membangkit atau mendorong manusia melakukan amalan yang baik seperti yang dituntut oleh Allah. Di samping itu pada masa yang sama manusia akan menjauhkan diri dari melakukan sebarang perkara mungkar yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah.

Apabila seseorang mengaku beriman kepada Allah, hendaknya bukanlah setakat ucapan lahir saja. Ia mesti disertakan dengan tidakikut untuk membuktikan kepercayaan itu adalah benar. Selain mempercayai Allah itu ada (wujud) dan Dia adalah pencipta segala yang ada di alam ini, kita harus sedar bahawa Allah adalah pentadbir alam yang menyusun atau mentadbir segala-galanya. Allah sentiasa dalam keadaan sedar mengawasi diri kita setiap saat sama ada yang zahir maupun yang batin. Dia tidak pernah lalai malahan setiap sifat-sifat kesempurnaan ada pada diriNya. Kita juga harus sedar setiap tindakan kita dalam pemerhatian Allah dan kita akan dipertanggungjawapkan di akhirat kelak atas apa yang kita buat sama ada yang besar ataupun yang kecil. Perbicaraan di akhirat adalah maha adil di mana semua anggota badan kita akan menjadi saksi di atas perlakuan kita di dunia ini. Di sana kita dibicara sama ada kita menggunakan akal kurniaan Allah itu untuk kebajikan atau sebaliknya. Mereka yang menang akan ke syurga dan yang kalah akan diseret ke neraka.

Oleh sebab pentingnya akal, sayugia bagi kita menggunakan akal itu untuk tujuan kebaikan. Sebaliknya jika manusia masih membuat bohong, fitnah, mencuri, memukul, rasuah, zina dan lain-lain kejahatan, ingatlah bahawa Allah tetap memerhatikannya dan akan memberikan hukuman yang setimpal dengan kejahatannya.

Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan bahawa akal yang kita miliki itu dapat membawa kepada keredhaan Allah. Hanya dengan keimanan kepada Allah sahaja yang dapat menyelamatkan diri kita daripada ditimpa kemurkaan Allah. Insyallah bangsa dan negara kita akan selamat jika pemimpin dan rakyat kembali kepada Allah. Ikutlah landasan yang ditetapkan oleh Allah. Gunakan otak dan fikiran untuk meraih keredhaan Allah dan bukan kemurkaanNya. Janganlah keberkatan Ramadhan ini dicemari dengan kata-kata penyebaran fitnah dan tuduhan melulu tanpa asas yang sudah pasti akan membawa kepada kehancuran negara. Ingatlah pesanan ulama: sekiranya timbul perselisihan di muka bumi ini, kembalilah merujuk kepada Islam. Islam adalah agama yang lengkap dan tinggi; tiada satu agama yang dapat menandingi kesempurnaan Islam. Mengapa kita berdegil menjauhkan diri daripada kebenaran? Adakah undang-undang lain lebih syumul dari Islam sendiri? Misalnya dalam Islam, tuduhan zina mesti disertai dengan 4 orang saksi yang menyaksikan perlakuan itu. mengapa kita tidak mengaplikasikannya? Adakah Islam menyuruh kita membawa tilam atau rambut untuk membenarkan tuduhan terrsebut? Di manakah akal yang Allah berikan kepada kita? Adakah kita kata masih beriman kepada Allah sedangkan perlakuan kita jauh lari dari kebenaran. Baliklah kita ke pangkal jalan jika sudah tersesat di hujung jalan. Allah masih menerima taubat kita selagi nyawa belum sampai ke halkum. Lihat apa berlaku kepada Firaun yang bertaubat setelah nyawa akan berpisah dari jasad? Allah tidak menerima taubatnya dan memasukkannya ke dalam neraka yang amat dahsyat seksaannya. Memadailah ini menjadi ingatan kepada kita. Semoga Allah selamatkan kita dan generasi kita dari ditimpa dari azab yang pedih ini. Amin.

Novel Ayat2 Cinta

Aku baru aje menghabiskan pembacaan aku.. novel Ayat-ayat Cinta.. Fuhh.. Melayang-layang rasanya.. Aku tak sangka ada sebuah novel yg aku kira begitu hebat macam tu.. tulisannya sangat halus.. walaupun bahasanya bahasa Indon, tapi agak mudah aku nak paham.. Ayat-ayat tersusun rapi sehingga aku rasa watak dalam novel tu adalah penulis sendiri.. bukan satu watak rekaan walaupun hakikatnya watak tu adalah rekaan..

Penulis novel ni, Habiburrahman Soerazzi, menampakkan kematangan beliau dalam banyak perkara.. Soal agama, hati dan perasaan, semua sekali lah..

Dan apa yang paling menyentuh perasaan aku adalah, watak dalam novel ni, yang sangat mentaati ALLAH.. serta membimbing isterinya ke jalan ALLAH dengan cara yang paling halus.. Aduss..

YA ALLAH.. semoga aku juga dikurniakan seorang suami yang mampu membimbingku ke jalanMu..

Tentang novel ni, sangat susah aku nak komen, sebab, terlalu menyentuh sampai aku tak tahu macam mana nak cakap.. Ramai orang pilih untuk tgk cerita dia, tapi aku pilih untuk membaca.. sebab segala ayat2 yang diutarkan tu, dapat aku jiwai dengan lebih dalam.. dan dapat aku buat teladan.. Maklumlah.. aku seorang insan yang berdosa..

YA ALLAH.. Kurniakanlah aku petunjuk dan hidayahMU, dan jangan lah Kau palingkan aku setelah Kau berikan aku petunjukMu.. Ameenn...

P/S sesapa nak copy novel tu dalam bentuk PDF, aku boleh send.. just tell me k.. semoga ini menjadi salah satu dakwah fi sabilillah..

Ahad, 22 Februari 2009

aku dan keyboard..

Salam..

Untuk pengetahuan korang, Aku ni tak ada ramai kawan.. hidup aku ni boleh kata kesepian jugak lah.. duduk terperuk dalam bilik sorang2.. sekali sekala ada jugak lah student2 forex aku menyapa kat YM.. tu pun jarang2 sbb aku selalu appear offline.. (pecah rahsia).. bukan apa.. kadang2 aku nak fokus pada trading forex.. kalau time pips hijau tu tak pelah.. yg susahnya time pips merah tu.. berpeluh jugak lah kiranya..

so.. untuk mengisi kekosongan hidup aku ni, adalah satu makhluk ni yg aku buat kawan, selain labtop buruk aku ni.. nama dia keyboard.. bukan keyboard komputer.. tapi keyboard yg adik beradik dgn piano tu.. tu bukan aku punya pon.. kakak aku punya.. tu pun bukan dia punya.. laki dia punya.. tapi dah depa ni tak pandai nak menekan keyboard tu bagi ada lagu ( tekan bunyi2 sumbang boleh lah..) so dengan tak rasminya, akulah penunggu setia keyboard ni sekarang dengan berbekalkan kelebihan jari jemari aku ni yg mampu tekan bunyi2 yang berlagu sikit.. tu pon aku kutip2 balik ilmu yg aku belajar masa kat sekolah masa muda2 dulu.. tapi dulu cikgu muzik aku xlah mengajar mendalah keyboard ni.. dulu main recorder.. yg tiup2 tu.. but note dan chord dia tetap sama jugak.. ada A,B,C,D,E,F,G.. cuma bezanya keyboard ni ada key yg hitam2 tu.. so senang lah sikit..

bermula dgn lagu "suasana hari raya" nyanyian anuar zain n elina, aku mula mencari2 chord2 lagu yg biasa aku dengar.. kalau hari market forex off, macam hari ni, maka keyboard ni lah yg jadi teman setia aku.. makin ari, makin banyak lagu yg aku dapat main.. boleh kira ahli muzik jugak aku ni kan..

keyboard ni adalah teman setia aku.. kalau aku bosan, maka jgn hairan lah kalau tetiba ada bunyi2 keluar dari bilik aku.. maknanya keyboard aku dah memulakan tugasnya..

tapi, walaupun keyboard ni teman setia aku, terpaksa jugak aku ketepikan kalau nak mengadap trade forex atau nak keluar.. membuatkan aku sedar.. Hanya satu yg tak akan aku tinggalkan atau meninggalkan aku bila2 masa di mana2 jua aku berada.. Dialah ALLAH.. Yang Maha Mengasihi dan Maha Menyayangi.. DIALAH TEMAN YANG PALING SETIA>....

Mencari cinta sejati

Kecewa dan terus kecewa dalam percintaan dijalin. Kadang-kadang hati sudah bosan memikirkan soal perasaan sedang diri terus dimamah usia.

Bosan sebenarnya apabila berakhir pada cinta yang salah. Alih-alih mengharap cinta sejati tetapi ia hanya kekal dan menjadi ‘cinta sehari’.

Ada waktu anda menyalahkan takdir yang menyebabkan sering kecundang lewat percintaan. Pernahkah mengkaji diri apa yang menjadi penyebabnya?

Kalau difikirkan kecantikan diri, rasanya tidak kalah dengan teman lain yang sudah punya kehidupan membahagiakan bersama pasangan masing-masing.

Namun anda masih sendiri dan bagaikan orang berputus asa, anda sudah menanam cita-cita untuk tidak mahu mengharapkan sesiapa lagi.

Jangan cepat dilanda rasa kecewa. Ada pengkaji dalam soal cinta menyarankan supaya jangan menoleh ke masa lalu yang penuh kekecewaan sebaliknya sentiasa melengkapkan diri untuk menerima cinta baru.

Namun, sebelum memutuskan menerima cinta seseorang, perhatikan tandanya, apakah dia memang jodoh anda?

# Dia sahabat terbaik anda

Saat mengalami kesulitan, perkara pertama terlintas di kepala anda adalah dirinya. Dia pandai menenangkan hati.

Dia selalu hadir untuk anda dalam situasi apa sekalipun. Tiada orang yang lebih baik mengisi peranan ini daripada pasangan anda atau sahabat istimewa yang menjadi tempat susah senang anda. Percayalah, pasangan yang dirasakan jodoh anda, pasti tidak takut mengalami pasang surut dalam hidup ini.


# Punya banyak persamaan


Hasil penelitian menyatakan, perkahwinan yang paling stabil adalah pernikahan yang membabitkan dua orang dengan banyak persamaan. Jenis persamaan itu tidak terlalu penting tetapi semua itu adalah modal untuk menjadikan hubungan semakin mantap.

Menikmati semua aspek kehidupan bersama adalah antara rahsia pasangan sejati. Tidak perlu orang lain untuk membuat anda berdua bahagia. Apakah anda sudah merasakannya? Jika ya, jangan lepaskan dia.

# Kepentingan anda adalah segalanya

“Cinta dimulai ketika seseorang menemukan bahawa keinginan orang lain sama pentingnya dengan hasrat hatinya sendiri.” (Harry Stack Sullivan).

Daripada bahasa tubuh dan sikapnya selama ini, terlihat jelas dia memperlakukan anda sebagai orang terpenting dalam hidupnya.

Bahkan, dia sering mementingkan sesuatu untuk keperluan diri dan sekali gus dia memikirkan diri anda. Jika ini yang ada pada peribadinya, mungkin dia yang anda cari.

Justeru, cinta abadi membabitkan komitmen rela berkorban untuk kebahagiaan pasangan lalu jangan memikirkan orang lain di fikiran. Percayalah bahawa dialah milik cinta sejati anda.

# Cinta tanpa syarat

Cuba ingat, pernahkah dia menarik muka masam saat melihat anda memakai baju yang tidak menepati seleranya? Dia barangkali pernah menegur gaya pakaian anda yang agak menjolok mata atau sebenarnya gaya pakaian anda membuatkan dia tidak senang kerana takut ada lelaki lain akan memberi perhatian lebih kepada anda.

Atau anda pernah ditegurnya tanpa disedari gara-gara memotong rambut tanpa pengetahuannya?

Namun, dia sentiasa pandai mengambil hati dan tegurannya jarang menyakitkan. Sebaiknya, fikirlah jika anda berkira-kira untuk memilih dia menjadi kekasih sejati. Cinta sejati adalah cinta tanpa syarat yang mampu menerima pasangan seadanya.

# Sentiasa bersedia jadi pendengar setia

Setiap kali anda berbicara padanya, tidak sedetik pun perhatiannya beralih. Dia pendengar yang baik, mampu mendengar anda berbicara berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan, penuh perhatian dan mengerti apa yang anda diinginkan.

# Sering menepati masa

Untuk urusan apa sekalipun, dia selalu berusaha untuk menepati waktunya. Janji bertemu jam tujuh malam, dia sudah tiba di tempat setengah jam lebih awal.

Baginya, lebih baik dia yang sampai dulu atau menjadi penunggu setia daripada membiarkan anda menunggu. Apalagi jika tempat pertemuan agak janggal untuk dirinya tetapi dia sentiasa mahu anda didahulukan.

# Gerak batin atau naluri


Tanpa sebarang ucapan, anda mampu mengetahui apa yang tersirat di hati masing-masing.

Anda berdua bagaikan dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan pasangan pada situasi apa sekalipun. Bila anda sudah merasakan hal sedemikian, selamat! Mungkin dialah belahan jiwa anda.

DOA UNTUK KEKASIH

Ya Allah….

Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi…

Dan ya Allah…
ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan….
dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku….
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Mengerti….

Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta…

Gantikanlah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya Tuhanku…

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku….
kerana engkau maha mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah…

Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin. .

Sabtu, 21 Februari 2009

Akhirnya aku dapat jugak..

Fuhh.. setelah bertungkus lumus mencari, mengkaji dan meng'eksperimen', akhirnya malam tadi aku berjaya jugak mendapatkan full chord utk lagu "my heart will go on". Maka dengan gembiranya aku memetik papan keyboard aku mendendangkan lagu tu.. sekadar nak hiburkan hati sendiri ajer.. bukan nak buat performance apa pun.. betapa feeling nya aku sambil jari2 aku menari2 di atas papan keyboard tu.. syahdu sungguh lagu ni.. fuhh.. feling.. feeling..

Alangkah bagusnya kalau aku dapat feeling macam tu ketika aku bersujud mengadap Ilahi.. Tentu lebih syahdu lagi jadinya.. hmm...

Untuk korang yang terasa nak chord lagu ni, nanti aku bagi.. tertinggal pulak buku tu kat rumah..

RINDU PADAMU

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu

Amalan2 Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1.Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."

(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2.Memperbanyakkan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

" dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (Ar-Ra'd™d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya."�

(Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya."

(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu."(Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya"� (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya."� (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki."� (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya."� (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”

(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: " dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim."� Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)."� (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang."�

(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)Â

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.(At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Kesedihan..

SALAM..

sambil duduk2 melepak depan labtop ni, sempat jugak aku berfikir beberapa perkara tentang kesedihan ni.. maklumlah.. jiwa tengah lara skrg ni kannn.. huhu..

Bila difikir2 kan kembali, sebenarnya tak da seorang pun manusia di dunia ni yang minta dan mahukan kesedihan.. aku pun yakin antara korang yang membaca ni, tak da seorang pun yang mintak kesedihan dalam hidup korang kan.. tapi.. agaknya kenapa Allah ciptakan perasaan sedih tu ye.. Sedangkan Dia sendiri tidak mahu hambaNya bersedih.. aku pon,,, punya pikir..punya pikir.. punya termenung.. akhirnya aku dapat satu jawapan.. tapi aku tak pasti sama ada jawapan aku ni tepat atau tak sebenarnya.. tapi.. kita masing2 ada pendapat dan jawapan sendiri kan..

bagi aku.. ALLAH menciptakan kesedihan itu adalah sebagai satu jambatan.. kesedihan itu bukanlah matlamat.. di sebalik sebuah kesedihan itu, terlalu banyak rahsia dan hikmah yang tersembunyi.. antaranya adalah kesabaran.. keimanan.. ketaqwaan.. dan tidak ramai yang tahu atau sedari bahawa di sebalik kesedihan itu sebenarnya wujud satu kegembiraan.. Bila kita bersedih, kita akan lebih rapat dengan Nya.. Kita mengadu, merintih, dan menjiwai segenap doa dan permintaan kita.. kita menjiwai segenap amalan yang kita lakukan.. bukankah itu yang Dia mahukan? Kerana itulah Dia menciptakan dan menitipkan perasaan sedih di jiwa setiap manusia dan hambaNya.. Kerana.. Dia amat menyayangi kita.. dan mahu kita sentiasa dekat dengan Nya..
Oleh itu, jangan lah kita kesali setiap ujian dan dugaan yang datang, yang membuat kita bersedih.. Kerana ujian itu adalah tanda betapa Dia menyayangi dan mencintai kita..

MANUSIA.. UJIAN... KESABARAN..

Assalamualaikum,

Satu bahan bacaan yang harap dapat menyedarkan kita yg ditimpa musibah utk sentiasa mensyukuri nikmatNya dan bukan mengeluh berterus2an. Smoga ujian Allah berakhir didunia agar diakhirat kelak kita terlepas azabNya dan diganti pula dengan nikmat yg lebih besar. Insya Allah.Ameen..

SUATU hari, tiba-tiba Allah SWT menentukan turunnya bala ke atas diri dan keluarga kita. Hati dan perasaan kita mencari dan bertanya, apakah salah dan dosa yang dilakukan? Mengapa begitu susah mententeramkan hati dengan berprasangka baik kepada Allah SWT? Kita berusaha memujuk diri dengan satu kefahaman bala dan ujian itu akan Allah SWT balas dengan sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang hilang di tangan anda.

Allah SWT sentiasa memilih yang terbaik untuk diri kita. Adakah patut kita mendahului Allah SWT dalam setiap pilihan-Nya? Manusia berkata dalam hati: "Alangkah eloknya jika begini dan begini'.. Adakah manusia itu mengetahui seperti mana Allah SWT Mengetahui? Yang sehelai daun gugur di serata bumi ini pun tidak akan gugur kecuali dengan pengetahuan-Nya? Alangkah naif manusia jika ia merasa dirinya lebih tahu apa yang terbaik buat dipilih.

Saidina Umar bin al-Khattab, pernah berputus asa ketika kemenangan Islam tidak muncul. Pada hal di sisi beliau ada Rasulullah SAW. Perasaan putus asa Umar ini jauh lebih bernilai daripada rasa putus asa kita yang kehilangan dunia, anak atau isteri.

Perasaan putus asa Umar adalah mewakili Islam dan kesetiaannya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Manakala perasaan putus asa kita mewakili kepentingan dan ego dalam diri sendiri. Umar meratap sedih: "Wahai Rasulullah bukankah kamu utusan Allah? Bukankah Agama ini benar?" Rasulullah menguatkan semangat sahabatnya: "Sesungguhnya aku adalah seorang hamba Allah dan sudah tentu Dia tidak akan membinasakan diriku." (Sirah Nabawiyah oleh Dr Mustafa al-Sibaie)

Kata-kata keramat Baginda ini sudah selayaknya menghiasi hati orang mukmin yang bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. Jika kita mahu menelusuri selok-belok kehidupan ini, ujian dan cabaran itu sebenarnya membuat anda menjadi lebih kebal. Tidak mudah goyah dan mampu melompat lebih tinggi.

Orang yang memenangi pertarungan itu sebenarnya bukan yang kuat tetapi yang paling mampu menahan sakit. Lihatlah mereka yang berjaya. Di atas kesakitan itu mereka membina kekuatan, rela tidak tidur untuk kerja yang perlu diselesaikan. Mereka yang berjaya begitu disiplin dan menghargai kesakitan yang diderita. Allah SWT menguji siapakah yang paling baik imannya dan paling reda dengan qada dan qadar-Nya.

Dr Yusuf Al-Qaradawi, dalam kitabnya Al-Iman wal Hayah menyatakan :

"Tidak mungkin manusia dapat menghindarkan diri daripada pelbagai kesulitan, begitulah kenyataan hidup, ramai yang bersua dengan kegagalan, ditinggalkan kekasih, penyakit menyerang tubuh, kehilangan harta benda dan seterusnya. Kemudian beliau mengambil hadis Rasulullah bermaksud:"Perumpamaan orang beriman yang ditimpa ujian bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilang karat dan tinggal yang baiknya saja".

Beliau juga meminjam kata-kata seorang ulama:

"Setiap kali aku ditimpa ujian duniawi, terbayang olehku tiga kurniaan Tuhan. Yang pertama, cubaan itu tidak menjejaskan agamaku. Yang kedua, aku tidak ditimpa bahaya yang lebih besar dari itu. Yang ketiga, aku mendapat pahala dari Allah SWT kerananya.”

Betapa indahnya ungkapan semangat yang mencerminkan kekerasan hati orang beriman. Seperti mana kata-kata Saidina Urwah bin al-Zubair saat menghadapi sakit sehingga anggota badannya diamputasi dan kematian anak lelakinya:

"Ya Allah, di atas kesedihan ini hamba memuji-Mu, Engkau memberiku tujuh orang anak, lalu Engkau mengambilnya satu. Aku tidak menyesal, bukankah Engkau tinggalkan untukku enam orang lagi? Kaki dan tanganku semuanya empat dan Engkau hanya ambil satu saja daripada mereka. Bukankah ada tiga lagi yang sepatutnya aku syukuri? Kalau Engkau yang mengambil maka Engkau juga yang memberi. Kalau Engkau yang menurunkan bala, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan".

Itulah hikmah sebenar mengapa Allah SWT menguji, supaya tumbuh jiwa hamba pada diri kita. Tiada ego melampau dan menganggap akulah yang kuat lalu menzalimi orang lain. Kerana ada Yang Maha Kuasa yang serta merta boleh merenggut ubun-ubunnya dan menghapuskan apa saja yang dimiliki.

Firman Allah SWT bermaksud:

"Katakanlah wahai Muhammad: Mahukah Kami khabar kepadamu orang yang amat merugi perbuatannya? Iaitu orang sesat perbuatannya sewaktu hidup di dunia sedangkan mereka mengira perbuatannya itu adalah kebaikan". (Surah Al-Kahfi: 103-104).

Manusia merancang, Allah menentukan. Jika seorang bapa kehilangan anaknya nescaya Allah membalas dengan Baitul Hamdi (sebuah istana khusus di syurga) kerana kesabarannya. Bagaimana pula orang yang cekal di atas bala lebih teruk daripada itu? Balaslah ujian Allah SWT dengan lafaz pujian dan syukur kepada-Nya, kerana ia tanda kasih sayang Allah SWT ke atas diri kita.

Hidup Ini Indah

Hidup ini indah
walau bersulam lara dan gundah
kaki mesti terus melangkah
dalam pencarian sebuah arah
andai tersadung atau rebah
bukan bererti mesti mengalah
bukan sekadar PASRAH

dalam retak menanti belah
dalam bergunung cabaran melimpah
tak kan di ungkap ungkapan kalah
jiwa takkan resah
segala dugaan takkan di endah
kerna ku tahu di sisi ku ada ALLAH

hidup tak sendirian
tak tersisih keseorangan
masih ada yang memerlukan
walau tak mengharap secebis IHSAN

Jumaat, 20 Februari 2009

Ayat-ayat Cinta

Salam ukhwah..

Sebelum aku nak pi mandi tadi, sempat aku dengar lagu Ayat-ayat Cinta kat handpon LG aku tu.. Kalau tak silap Rossa yang nyanyi lagu tu.. sedap gak.. layannn..

Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan


Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud...

aku tulis ni, bukan lah nak komen apa2 tentang lirik lagu tu.. lirik tu, bagi aku, dah cukup sempurna utk aku komen.. (peh.. macam lah best sangat aku ni nak komen lirik org).. tapi apa yg aku rasa nak tulis, adalah mengenai cinta ni.. ayat-ayat cinta tu memang dah lama tak tumpang lalu kat telinga aku ni.. huhu..

bila aku pikir2 tentang cinta ni, aku tertanya diri aku sendiri.. "ade ke cinta suci untuk aku ni" (aku cakap ni dgn andaian bahawa korang paham yg aku cakap ni adalah cinta manusia).. aku rasa susah nak dapat org yg betul2 cintakan aku.. yang benar2 sanggup mengabdikan seluruh hidup dgn aku, dan melayani karenah aku yg ntah apa2 ni, apatah lagi yg sanggup ketepikan kepentingan dirinya untuk mengutamakan aku.. ade ke? macam tak de jer..

pengalaman2 aku yg sudah2 membuatkan kepercayaan aku semakin pudar (lagu rossa jugak) terhadap cinta.. aku takut utk mencari cinta dalam hidup aku.. sbb semua pengalaman cinta aku mengecewakan.. aduss.. minah jiwang rupanya aku nih..huhu

aku tak yakin ada org yang akan mencintai aku.. trauma barangkali aku nih.. entah lah..

macam manapun, aku tetap percaya kepada qada' dan qadar Ilahi.. kuat sangat ke aku ni nak melawan ketentuan Tuhan.. sekuat mana hati aku menolak cinta.. aku tak nafi ada sedikit ruang dalam hati aku ni yg setia menanti kedatangan cinta dalam hidup aku..

apa yang aku harapkan, sekiranya masih ada cinta untuk aku, ku harap Tuhan menganugerahkan aku sebuah cinta dari seorang lelaki yg jugak mencintai-Nya.. barulah ayat-ayat cinta yang aku dengar nanti adalah sebuah cinta yang hakiki dari seorang lelaki yang mencintai Ilahi..Aminn...

HATI-HATI YANG BERSAMAKU

fevret film