SANTAI CARA ISLAM

iluvislam

Selasa, 26 Mei 2009

cuti..


Salam.. dah lama sungguh aku tak update blog ni.. ada lah dekat 2 bulan rasanya.. Sejak sibuk dengan blog forex, mmg aku terabaikan sikit blog ni.. apatah lagi dengan kesuntukan masa dek kerana melayan pertanyaan dan soal jawab dengan client.. bila trade forex dah tak berapa nak rancak ni, dan jugak kerana tak ada client yang menyapa, aku ambik kesempatan ni utk update sikit2 blog ni..

Sekarang, hingga saat ni, bermakna dah dua minggu aku berada kat kampung aku di felda jengka 11 pahang.. Banyak dah berubah kat rumah aku sejak 2-3 bula peninggalan aku.. depan rumah dah ada kolam batu buatan.. besar jugak lah.. tu hasil kerja keras abang ipar aku tu. apapun, thanks abg wan sbb sudi buatkan kolam tu untuk ayah..


ni la kolam tu.. belum di cat


Sebelah kanan rumah pulak dah ada kebun sayur. Dan tukang kebunnya tak lain tak bukan adalah mak aku sendiri. Sawi, kobis, tomato, cili, semua ada. senang kata, tak payah lah beli sayur kat kedai dah..

ni pokok petola.. belah belakang sikit dari umah aku..

ni pokok cabai a.k.a cili a.k.a lada


ni pokok cabai


ni pokok sawi, tomato n kobis.. sawi tu dah banyak kali dipotong oleh mak aku dan jejiran seangkatan dgnnya..

ni tapak semaian



ni plak pokok terung kat bahagian depan umah aku..



Belakang rumah pulak dah ada kolah untuk ternakan ikan keli dan ikan puyu. tak da la banyak pon ikannya.. sekadar hobi mak ayah aku.

Dalam rumah, balang ikan perhiasan dah bertambah jadi 3 balang. pun ayah dan mak aku yang punya kerja.. Dulu aku balik ada satu balang aje..

dalam ada yang bertambah-tambah tu, ada jugak yang berkurang.. remote astro rumah aku dah tak boleh pakai.. kena tekan sendiri kat dekorder tu.. leceh.. ayah pulak suka tengok bola.. channel ESPN.. no 882.. adoiii.. nak menekan nya ke no 101 balik punya la lama.. bertenggek kat depan TV tu nak alih channel. Dan aku pulak, suka tengok channel AXN. nak patah balik ke saluran 701 tu.. adeii.. baik aku tengok forex aku..

Actually aku balik kampung ni sebab kawan aku nak kawen. 8 jun ni dia kawen.. oleh kerana dia ni member aku kat kampus, ku gagahkan jugak balik ke pahang semata nak hadiri majlis perkahwinan dia.. dia tak datang majlis kawen aku nanti, siaplah...aku bakar kemah kawen adik dia..huhh.. ganazz..

Balik kali ni, aku jadi remizer plak untuk ayah aku.. duk kerja tengok saham dia aje lah.. nasib baik klse buka sampai kul 5 petang ajer.. malam dapat ler aku kosentret kat forex.. banyak jugak duit pakcik ni, masuk ni ada dalam 30 lot saham dia beli.. rupanya selama ni dia beli nombor (sijil simpanan premium.. bukan nombor ekor).. ada dah satu nombor dia naik.. dapat tempat ke 12 aje lah.. ok lah tu.. dapat jugak..

Aku tak ke mana sangat kali ni.. terperap dalam bilik ajer 24 jam.. memorex.. aim aku sekarang ni, nak kumpul duit.. nak kumpul duit.. nak kumpul duit.. aim yang lain, aku tolak tepi dulu.. malas nak fikir lah tentang banda lain.. baik aku fikir tentang forex

Tiada ulasan:

HATI-HATI YANG BERSAMAKU

fevret film